26.4.11

Black Pepper Chicken Chop

Craving this one since yesterday.


Bahan-bahan (2 orang)
* UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam 
2 ulas bawang putih (cincang)
1cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins (apa tu?)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa

*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa

Cara-cara

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok.

2. Selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak

3. Balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jangan terlalu masak agar ayam tetap juicy)

4. Lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos untuk dituangkan ke atas ayam yang dah siap.

5. Tapi kalau rasa tak cukup sos marinate tersebut, boleh sediakan sos black pepper nya seperti yang tertera diatas.

6. Caranya dengan memasak bahan bahan sos black pepper selama satu minit dan adjust kepekatanya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.


**Kalau nak buat kena memiliki sifat kerajinan yang tinggi.. -__-'


Sources: Resepi , image

No comments:

Post a Comment