Kalau da masuk pertengahan bulan, mesti ramai yang da sesak nafas dan poket.
Maksud? Of course le duit..
Awal bulan berbelanja ikut hati dan nafsu.
Di pertengahan bulan pula mulalah berharap agar masa dan waktu berlalu cepat agar
payday tiba secepat mungkin.
Betul tak??
Sebab saya pun macam tu juga.
So, apa kata untuk tahun baru ni kita cuba sesuatu yang baru.
Ye, uruskan perbelanjaan dengan betul.
Q: KENAPA BAJET PENTING?
A: Bajet penting sebab dia:
- Bantu lihat corak kita membelanjakan wang
- Bantu jimat perbelanjaan
- Bantu elak berbelanja ikut dorongan keinginan.
PANDUAN BAJET YANG IDEAL
Pastikan semua perbelanjaan tetap tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan yang kamu ada.
Yang selainnya *boleh ditukar mengikut keperluan. 'Fun Money' atau part yang kaler hijau and purple tu boleh digunakan untuk apa sahaja. asalkan tidak melebihi dari 10% setiap satunya. Jadi make sure kamu berbelanja ikut kemampuan dan tidak melebihi 70% daripada pendapatan kamu ok?
Kalau nak senang, dapat je gaji, terus asingkan duit2 tersebut kepada beberapa bahagian.
Duit perbelanjaan tetap dan simpanan harus diutamakan terlebih dahulu.
CARA BUAT BAJET
Kenal Pasti Perbelanjaan
* Masukkan perbelanjaan dalam kategori berbeza.
Contoh: (Pinjaman, insurans, pakaian, bil utiliti dan makanan)
Tetapkan Matlamat
* Pastikan matlamat tersebut bersesuian dengan keperluan kamu dan keluarga.
Pantau Cara Berbelanja
* Setiap perbelanjaan dibuat mesti dicatitkan.
Cuba jadikan ia satu kebiasaan harian.
Kurangkan pengeluaran melalui mesin ATM.
Kalau boleh hadkan seminggu sekali,
dan tetapkan jumlah pengeluaran yang diperlukan.
Jika ada lebih masukkan dalam tabungan.
Analisis Cara Berbelanja
* Selepas analisis cara berbelanja, kita akan dapat
banyak idea untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Teruskan Usaha
* Jika perlu ubah matlamat, silalah ubah.
Asalkan kita boleh pastikan diri berbelanja
mengikut keperluan yang diperlukan
dan bersesuaian dengan pendapatan yang ada.
No comments:
Post a Comment