28.1.11

KISAH DEMAM YANG TRAGIS



Apa Itu Demam?
Demam adalah suatu keadaan dimana suhu badan melebihi 37c disebabkan jangkitan atau keradangan.


Penyebab Demam
1) Biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, 
sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi dan HIV.
2) Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru2 (pneumonia)
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
3) Demam malaria
4) Penyakit sendi
5) Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
6) Barah

Tanda2 Demam
1) Badan panas bila disentuh.
2) Pernafasan meningkat
3) Muka menjadi merah
4) Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5) Resah gelisah (tak selesa)
6) Menggigil
7) Tiada selera makan

Rawatan di rumah
1) Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan 
bendalir dalam badan.
2) Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
3) Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam
4) Berpakaian longgar dan nipis, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan
5) Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

**Jika demam berlarutan sila pergi berjumpa doktor.
Mana tau demam tu bukan demam biasa dan ianya luar biasa.. -__-"

No comments:

Post a Comment