Aku pun tak tau pasai pe setiap kali tengok pada statistik blogger atau nuffnang, benda yang orang selalu key in pada seach engine yang terus lead pada blog aku adalah pasal KAHWIN..
Ada yang search "musim kawin blogspot" la, ada yang search "nak khidmat kad kahwin la" adoii.. hahaha...
Maka dengan itu aku rasa baik la aku tulis entry berkaitan dengan isu ini so that orang yang masuk ke blog aku ni tak out dengan muka yang hampa. Besides, at least aku pun dapat gak la sedikit sebanyak info. Nanti later later tak yah da kelam kabut cari info bagai kan. Wahahah.. Secara kebetulan tadi pergi berblogwaking kat page member yang bakal berkahwin bulan 5 ni nanti. Dia pun da pening2 nak rancang bajet kahwin dia gak. Huhu..
So, nah some of info yang korang patut tahu dalam merancang sesebuah perkahwinan:
Perkara pokok yang menjadi keutamaan ialah sumber kewangan. Bajet yang tinggi diperlukan bagi memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan sempurna. Hal ini pasti menimbulkan sedikit bebanan buat bakal pengantin kerana terpaksa memperuntukan kewangan yang tinggi semata-mata bagi memenuhi keperluan majlis.
Dalam hal ini, anda dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi kemampuan anda berdua. Oleh itu, pastikan anda tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak.
Perbincangan Bersama
Hanya anda dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincang dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama. Antaranya :
Tema
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah.
![]() |
Butterfly Theme |
Jemputan
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat.
Pakaian
Sesuaikan dengan tema dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dengan karakter dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja.
Bincang bersama keluarga samada memilih katering bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih catering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat catering bagi mengenal pasti catering yang tepat dan bersesuian dengan kehendak diri sendiri.
Agihan Perbelanjaan
Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.
![]() |
Tetapkan Bajet Bagi Setiap Perbelanjaan
Bagi mengelakan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (Rm1500) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1500), caterer (RM10000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM3000), cenderahati dan bunga teluir (RM1000) dan lain-lain (RM1000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut.
Dapatkan Sebut Harga
Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya.
Beli Secara Berperingkat
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cenderahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.
No comments:
Post a Comment